Semasa kita selalu menggunakan otak kita ,kita tidaklah menggunakan sepenuhnya otak kita untuk memastikannya berada dalam yang elok.Ini adalah di antara 10 tips dan halaman untuk meningkatkan keupayaan otot mental anda.Selamat membaca.
Sudoku
Kebanyakan orang mengatakan Sudoku ialah permainan yang santai dan menagihkan,sebenarnya ia juga dapat membantu meningkatkan keupayaan 'penyelesaian masalah' anda.
Wikipedia:Random
'Wikipedia:Random' bermaksud menggunakan artikel di dalam Wikipedia secara rawak.Mengapa ini bagus untuk otak anda?Anda dapat menggunakannya untuk mencari topik baru setiap hari.Mempelajari sesuatu setiap hari akan memastikan otak anda sihat.
Latihan Matematik Mudah Setiap HariAmalkan membuat latihan matematik mudah setiap hari.Cipta beberapa soalan yang mudah dan cuba menjawab dalam masa 60 saat.Latihan ini dapat membuatkan minda anda beroperasi secara lancar semula dan kurang bergantung kepada penggunaan kalkulator.
Banyakkan Menulis Dari Menaip
Tulisan menggunakan tangan semakin dilupakan di kala selepas tamat pengajian atau ketika bekerja di syarikat-syarikat yang kebanyakkannya menggunakan komputer untuk menjalankan aktiviti harian.Kita semua sayangkan 'keyboard'.Lebih banyak kebaikan menulis menggunakan pen atau pensel di atas kertas dari menaip di keyboard.Anda dapat belajar sesuatu perlajaran dengan lebih efektif kerana RAS (Reticular Activating System) otak anda aktif memproses perkara yang sedang anda fokus ketika itu.Menulis memberi isyarat kepada RAS untuk memberitahu otak supaya berada dalam keadaan fokus sepenuhnya.
Mengajar Diri Sendiri
Anda boleh menggunakan kemahiran yang anda sedia ada dengan lebih berkesan dengan beraksi seolah anda sedang mengajar.Daripada cuba mengingati langkah langkah yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugasan,lebih baik berpura-pura seperti anda sedang mengajar diri anda sendiri bagaimana untuk melakukan tugasan tersebut.Ini akan membantu anda mengingatkan semula dengan lebih mudah dan mengelakkan anda melakukan kesilapan yang remeh.
Bercerita Kepada Diri Sendiri
Bercerita boleh menjadi salah satu cara yang bagus untuk otak anda bersenam.Pertama sekali bercerita akan membuatkan sesuatu perkara menjadi lebih mudah kerana bercerita membuatkan apa yang anda ingin ingat semula dalam satu rangka kerja yang lebih menarik.Bercerita memberi anda peluang untuk fokus kepada perkara yang penting dan berkait dengan emosi tentang apa yang anda cuba ingati.Walaupun anda tidak bercerita kepada diri anda sendiri untuk membantu mengekalkan maklumatnya,anda tetap meningkatkan memori hanya dengan bercerita secara umum.Bercerita telah digunakan sebagai rawatan penyakit ALZHEIMER. Jika bercerita boleh membantu merawat pesakit Alzheimer, kenapa tidak anda?